mcmc
Laporan Aktiviti

USAHAWAN CILIK : PELAN PERNIAGAAN PINTAR SAYA

Tarikh : 11 Oktober 2025
Masa : 10 Pagi – 11 Pagi
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendidik peserta yang berumur 7 tahun dehingga 17 tahun untuk menjadi usahawan dari usia yang muda. Seterusnya, webinar ini juga banyak memberikan ilmu antaranya apakah jenis perniagaan yang sesuai bagi seseorang dan mengajar dari awal apakah yang perlu peserta lakukan jika berminat untuk menjadi usahawan. Webinar ini juga membimbing para peserta dari awal sehingga peserta akan berjaya menjadi usahawan.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan peserta mengisi kehadiran dahulu dan setelah itu, cikgu akan memulakan kelas dengan menerangkan apa tajuk yang akan dipelajari. Setelah itu kelas dimulakan dan cikgu juga akan membuat beberapa aktiviti seperti kuiz untuk memastikan kefahaman penuh peserta. Setelah selesai kelas, cikgu akan membuka sesi soal jawab dan kelas bersurai.