Selamat Datang ke
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Seri Serendah
Selamat datang ke NADI Taman Seri Serendah, Selangor. NADI yang dahulu dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) atau Community Broadband Centre (CBC). NADI merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Inisiatif daripada pihak-pihak tersebut dalam melaksanakan projek PEDi selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua rakyat di negara kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat.
Di samping itu, NADI ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan kata lain NADI memudahkan penduduk mendapatkan kemudahan komputer dan internet. Malahan NADI turut menyediakan perkhidmatan pembelajaran kepada penduduk dengan pelbagai aktiviti harian seperti proses pembelajaran dan perbankan secara atas talian. NADI Taman Seri Serendah, mula dibuka kepada orang ramai pada Oktober 2009. Selain itu, NADI ini juga menyediakan kemudahan broadband terpantas di daerah Hulu Selangor dengan kelajuan di antara 4Mbps – 8Mbps. Pendaftaran ahli NADI hanya dengan kadar serendah RM5 untuk seumur hidup berserta dengan kelas pembelajaran komputer secara PERCUMA!
Objektif NADI
1- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
3- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
KENALI PETUGAS:
Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami



Waktu Operasi NADI Di Bulan Ramadhan
Hari Operasi | Masa Operasi |
Isnin – Ahad | 8.00 Pagi – 5.00 Petang |
Rehat | 1.00 Petang – 2.00 Petang |
Waktu Operasi & Rehat Pada Hari Jumaat NADI Di Bulan Ramadhan
Hari Operasi | Masa Operasi |
Jumaat | 8.00 Pagi – 5.00 Petang |
Rehat | 12.30 Tengahari – 2.30 Petang |
Waktu Operasi NADI
Hari Operasi | Masa Operasi |
Isnin – Ahad | 9.00 Pagi – 6.00 Petang |
Rehat | 1.00 Petang – 2.00 Petang |
Waktu Rehat Pada Hari Jumaat NADI
Hari Operasi | Masa Operasi |
Jumaat | 9.00 Pagi – 6.00 Petang |
Rehat | 12.30 Tengahari – 2.30 Petang |
Perkhidmatan Komputer / Internet
Pengguna | Harga |
Ahli | RM1.00 / Sejam |
Bukan Ahli | RM2.00 / Sejam |
Pelajar |
PERCUMA – Berumur 20 tahun dan kebawah; atau – Mempunyai kad pelajar (Universiti dll) |
Warga Emas |
PERCUMA * Berumur 60 tahun ke atas |
Orang Kurang Upaya (OKU) |
PERCUMA – Perlu mengemukakan Kad OKU; atau – Atas budibicara Penyelia |
Perkhidmatan NADI
Perkhidmatan |
– Fotokopi |
– Mencetak |
– Mengimbas |
– Laminasi |
Perkhidmatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Lain
Ejen |
Perkhidmatan |
Ejen Bank Berdaftar BSN (EBB) |
– Deposit |
Ninja Van |
– Collect, Send, and Return Parcel |
Menaip |
– Surat rasmi -Surat tidak rasmi |
JUMLAH KEAHLIAN :
NADI telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2012. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah:
TAHUN |
JUMLAH KEAHLIAN |
Oktober 2009 – May 2024 |
1979 |