Tarikh : 10 Mei 2025 Masa : 10 Pagi – 11 Pagi Tempat : NADI Taman Seri Serendah Peserta : 2 orang |
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendidik peserta yang berumur 7 tahun dehingga 17 tahun untuk menjadi usahawan dari usia yang muda. Seterusnya, webinar ini juga banyak memberikan ilmu antaranya apakah jenis perniagaan yang sesuai bagi seseorang dan mengajar dari awal apakah yang perlu peserta lakukan jika berminat untuk menjadi usahawan. Webinar ini juga membimbing para peserta dari awal sehinggapeserta akan berjaya menjadi usahawan.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta mengisi kehadiran dahulu dan setelah itu, Mentor akan memulakan pengajaran mereka mengikut tajuk. Setelah membuat penerangan yang lanjut, Mentor akan membuka pertanyaan kepada peserta sebelum meneruskan lagi ke sub tajuk yang lain. Selesai penerangan, Mentor akan memberikan beberapa soalan menggunakan web kahoot dan peserta harus menjawab semua soalan yang diberi.


