mcmc
Laporan Aktiviti

WEBINAR FLOURSHER (rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki – Tapi Satu Tanggungjawab)

Tarikh : 4 July 2025
Masa : 10:30 Pagi – 11:30 Pagi
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang

TUJUAN

Tujuan Webinar ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang kepentingan merancang keluarga. Penceramah yang dijemput juga ialah seorang doktor yang berpengalaman dan banyak memberikan nasihat-nasihat penting buat peserta. Banyak topik yang dibincangkan untuk sama-sama kita menambah ilmu.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan pengacara memperkenalkan diri dan juga tajuk yang bakal di bincangkan. Pengacara mengalu-alukan penceramah jemputan iaitu Dr Mumtazah binti Mohd Alauddin, Pakar Sakit Puan, HSAAS UPM. Setelah itu, webinar dimulakan dan banyak ilmu yang disampaikan oleh Dr Mumtazah. Setelah selesai penerangan, webinar diteruskan dengan sesi soal jawab.