mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR : MINGGU PERTAMA (PENGENALAN)

Tarikh : 21 – 25 July 2025
Masa : 9.30 Pagi – 4.30 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 6 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menambah ilmu kemahiran iaitu mahir masak, mahir baiki gajet, mahir foto, mahir jahit dan mahir pertanian pintar. Kursus mahir ini mengambil masa 3-4 bulan untuk menyelesaikan semua modul yang telah ditetapkan. Satu peserta hanya dibolehkan mendaftar 1 sahaja kursus, supaya peserta lebih fokus ketika membuat latihan yang diberikan semasa kelas. Tenaga pengajar juga merupakan guru yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Setelah selesai kursus, peserta akan diberikan sijil yang diiktiraf.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan para tenaga pengajar memperkenalkan diri mereka dan modul apa yang mereka akan ajarkan. Seterusnya, tenaga pengajar akan menerangkan kepada peserta cara untuk menggunakan website MTS, cara menanda kehadiran, cara memasukkan surat tidak hadir dan beberapa perkara lain. Setelah selesai, tenaga pengajar akan menerangkan tajuk2 yang akan dipelajari secara ringkas.