PROGRAM HARI KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)

Galeri Foto | 13 February 2026
Tarikh : 8 Februari 2026
Masa : 7 Pagi – 6 Petang
Tempat : Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Peserta : Pelajar YBK & Orang Awam

TUJUAN
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk merasmikan Hari Kempen Internet selamat yang dirasmikan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil iaitu Menteri Komunikasi. Kempen ini bertujuan mendidik orang ramai tentang keselamatan siber, meningkatkan kesedaran tentang penipuan dalam talian (scam), menggalakkan penggunaan internet secara beretika dan melindungi kanak-kanak dan remaja di dunia digital.

AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan perkongsian dari Google, META & TikTok tentang ciri keselamatan internet untuk ibubapa di pentas utama. Selain itu, booth dari pelbagai agensi yang sertai untuk memberikan penerangan dan menyediakan kuiz beserta hadiah untuk pengunjung antaranya dari NADI, MCMC, Berita Harian, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan banyak lagi agensi lain. Seterusnya, beberapa artis juga hadir untuk memeriahkan lagi Program ini antaranya, Faizal Tahir, Dato’ Jamal Abdillah, Insomniacks, Ismail Izzani, Kaka Azraf dan banyak lagi.