BAZAR NADI TAMAN SERI SERENDAH 2026

Galeri Foto | 24 March 2026
Tarikh : 14 Mac 2026
Masa : 8 Pagi – 3 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : Penduduk di kawasan Serendah

TUJUAN
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberikan peluang kepada usahawan di NADI untuk berniaga dan memperkenalkan produk mereka kepada para pengunjung dan antara produk yang ada ialah kerepek, biskut raya, sampul raya dan banyak lagi. Pada masa yang sama juga NADI menyediakan beberapa live kelas untuk para pengunjung yang hadir antaranya Kelas Usahawan Cilik, Mewarna sampul surat, gubahan bunga, kuiz, belian minyak masak terpakai dan banyak lagi.

AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan kehadiran para pengunjung hadir ke NADI Taman Seri Serendah dengan menyertai aktiviti yang tersedia, setelah itu para pengunjung juga boleh membeli dari para usahawan NADI. Setelah selesai aktiviti live kelas dan kuiz, petugas akan memberikan hadiah kepada peserta yang menang. Pembelian minyamk terpakai juga berjalan dalam masa yang sama sehingga jam 10 pagi. Pada waktu petang pula sesi pertandingan gubah bunga dijalankan.