| Tarikh : 27 Desember 2025 Masa : 3 petang – 4:30 petang Tempat : NADI Taman Seri Serendah Peserta : 2 orang |
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk berbincang bersama para lepasan SPM apakah hala tuju mereka untuk sambung belajar ke bidang sijil atau diploma. Webinar ini juga serba sedikit membantu peserta memilih atau mencari universiti atau kolej yang lebih sesuai untuk mereka sambung belajar.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan pengajar memperkenalkan diri dan memberi tahu tujuan Webinar untuk hari ini. Pengajar memulakan webinar dengan sesi yang ditetapkan dan setelah selesai slide pengajar akan memberikan beberapa tips untuk para peserta. Pengajar juga akan memberikan contoh cara untuk mencari bidak di kolej yang pelajar inginkan antaranya bidang masakan, binaan, elektrik dan banyak lagi. Sebelum webinar tamat pengajar akan membuka sesi soal jawab untuk menjawab persoalan dari peserta.


