Jom ramai-ramai ke NADI Kubang Semang (Yayasan Aman)! ✨Saksikan Majlis Pengiktirafan NADI MCMC sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bersempena Pelancaran NADI Kubang Semang (Yayasan Aman) yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Aktiviti Semasa | 23 April 2026

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya:
🛍️ Demonstrasi dan jualan oleh usahawan NADI
👩🏻‍⚕️ Saringan kesihatan tekanan darah, BMI, glukosa dan konsultasi doktor
🎥 Live Studio MAHIR
🫆 Semakan kekuatan kata laluan dan kebocoran e-mel
🎮 Permainan e-sport seperti e-Racing dan e-Football
🤖 Aktiviti robotik bola
🔹 Pelbagai lagi aktiviti dan goodies menarik untuk seisi keluarga!

📍 25 April 2026 (Sabtu)
🕧 2:00 petang – 5:00 petang
📌 Dewan Yayasan Aman, Kubang Semang, Pulau Pinang

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan acara istimewa ini. Jumpa anda di sana!

NADIMCMC

NADIMADANI