Tarikh : 12 Jun 2025 Masa : 10 pagi – 11:30 pagi Tempat : NADI Taman Seri Serendah Peserta : 1 orang |
TUJUAN
Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk membantu para usahawan dalam memajukan lagi perniagaan mereka dari segi semua aspek antaranya pemasaran, operasi perniagaan dan banyak lagi. Webinar ini juga dapat menambahkan lagi ilmu para usahawan dalam membentuk perniagaan mereka dengan strategi yang baik yang diberikan oleh tenaga pengajar kami.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan pengajar memberikan penerangan ringkas apa yang akan dikongsi kan pada webinar kali ini. Seterusnya, pengajar memulakan webinar dengan berkongsi tips-tips yang penting tentang tajuk utama iaitu pemasaran dan operasi perniagaan. Webinar berjalan selama 1 jam dan setelah selesai, pengajar membuka ruang untuk para peserta bertanyakan soalan tentang berkaitan tajuk ataupun berkaitan perniagaan sehingga tamat waktu webinar.


