Usahawan Mee Kuning
Puan Hajah Hazizah telah mengikuti pelbagai seminar dan kursus keusahawanan bagi menambah pengalaman dan meningkatkan produktiviti. Produk yang dihasilkan akan dipasarkan secara jualan terus di premis, melalui kontrak bersama Agro Fama dan pengedar kedai runcit, pasaraya serta Petronas di kawasan setempat, Rawang, Batang Kali, Hulu Bernam dan Kuala Lumpur. Kini, premis Sri Salezah mempunyai seramai 4 orang pekerja dan telah dikenali ramai.
Pemilik | Puan Hajah Hazizah binti Adnan |
No.Telefon | 013-226 2066 / 03-6081 3169 |
Alamat | No. 58, Jalan Melor 2, Desa Melor, Serendah |