1) BASIC ICT (PERMOHONAN CREDIT E-MADANI)
Tarikh : 2 Januari 2024
Masa : 10 Pagi – 11 Pagi
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti adalah untuk membantu peserta untuk memohon credit e-Madani yang diberi dari pihak kerajaan untuk semua rakyat yang layak menerimanya. Selain itu, dapat mengajar peserta cara menggunakan e-wallet mereka.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas membantu peserta memuat turun aplikasi e-wallet yang dipilih. Seterusnya, petugas membantu peserta untuk mendaftar aplikasi tersebut dan mengesahkan maklumat pendaftar. Petugas juga membantu peserta untuk memohon credit e-Madani tersebut.
2) E-LEARNING (SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH)
Tarikh : 4 Januari 2024
Masa : 3 Petang – 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti adalah untuk peserta menyemak keputusan peperiksaan mereka dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Selain itu, peserta juga menyemak markah mereka supaya boleh meletakkan target yang lebih tinggi dalam peperiksaan yang seterusnya.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta membuka laman web (SAPS). Seterusnya, peserta perlu memasukkan IC mereka dan memilih negeri, daerah, dan sekolah mereka. Selanjutnya, peserta memilih tahun dan juga jenis peperiksaan yang mereka ingin melihat markahnya.
3) BASIC ICT – GMAIL (CARA MENGHANTAR EMAIL)
Tarikh : 6 Januari 2024
Masa : 3 Petang – 4 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu para peserta untuk menghantar email kepada seseorang atau menghantar email kepada sesebuah company. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari cara untuk menghantar dokumen memalui email dengan menggunakan format yang betul.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk login terlebuh dahulu ke email peserta. Setelah peserta memasukkan email dan password petugas akan memulakan pelajaran. Petugas akan meminta peserta untuk klik dibahagian compose, setelah itu petugas meminta peserta memasukkan email penerima dan setelah itu petugas meminta peserta menaip ayat yang peserta mahu sampaikan. Seterusnya, petugas akan mengajar cara untuk attach file atau dokumen di email tersebut. Setelah selesai peserta akan send email tersebut.
4) BASIC ENTREPRENEURS – MEMBUKA AKAUN SHOPEE DAN MULA MEMBUKA KEDAI DI SHOPEE
Tarikh : 8 Januari 2024
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta untuk membuka akuan shopee dan kedai di shopee. Selain itu, membantu peserta untuk memulakan jualan dan berniaga disana untuk menambah income bulanan mereka. Peserta juga belajar cara untuk mempromosi perniagaan mereka dengan boost postingan mereka dishopee.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberika penerangan tentang penggunaan Shopee dan cara untuk berniaga di Shopee. Seterusnya, petugas membantu peserta untuk membuka akaun Shopee dan mendaftar menjadi peniaga di kedai Shopee. Selain itu, petugas juga membantu peserta untuk memasukkan produk jualan peserta kedalam kedai Shopee peserta.
5) BASIC ICT – APLIKASI PEMBELAJARAN E-BUKU TEKS
Tarikh : 13 Januari 2024
Masa : 3 Petang – 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta memudahkan mereka mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan laman web yang menyediakan e-buku teks untuk pelajar. Hal ini juga dapat menarik minat peserta untuk mempelajari cara penggunaan komputer dan kelebihannya.
AKTIVTI
Aktiviti dimulakan dengan petugas membantu peserta untuk mencari laman web yang mempunyai e-buku teks. Seterusnya, peserta akan memilih e-buku teks yang peserta mahukan dan memulakan aktiviti mengulangkaji pelajaran.
6) BASIC ENTREPRENEURS – KERTAS KERJA (GERAN USAHAWAN)
Tarikh : 15 Januari 2023
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta iaitu usahawan PEDi untuk membuat kertas kerja perniagaan beliau. Selain itu, membantu usahawan untuk mempelajari cara menggunakan Microsoft Word dan juga komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta membuka Microsoft Word dan memulakan aktiviti membuat kertas kerja perniagaan beliau. Seterusnya, usahawan akan meminta bantuan petugas jika mempunyai pertanyaan antaranya cara memasukkan kotak, cara memasukkan gambar dan banyak lagi.
7) E-LEARNING – KERJAYA MALAYSIA MADANI
Tarikh : 17 Januari 2024
Masa : 3 Petang – 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta untuk mendaftarkan diri didalam Kerjaya Malaysia Madani. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari cara menggunakan komputer dan kelebihannya.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas membantu peserta memasuki laman web Kerjaya Malaysia Madani. Laman web tersebut perlu memasuki maklumat peserta, setelah memasuki web tersebut, peserta memulakan tugasan.
8) BASIC ENTREPRENEURS – KERTAS KERJA (GERAN USAHAWAN) 2
Tarikh : 19 Januari 2023
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta iaitu usahawan PEDi untuk membuat kertas kerja perniagaan beliau. Selain itu, membantu usahawan untuk mempelajari cara menggunakan Microsoft Word dan juga komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta membuka Microsoft Word dan memulakan aktiviti membuat kertas kerja perniagaan beliau. Seterusnya, usahawan akan meminta bantuan petugas jika mempunyai pertanyaan antaranya cara memasukkan kotak, cara memasukkan gambar dan banyak lagi.
9) STEM IOT – PENGENALAN ASAS ROBOT BERSAMA KLUSTER HULU SELANGOR
Tarikh : 21 Januari 2024
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Kalumpang
Peserta : 15 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk menarik minat peserta iaitu pelajar sekolah dalam bidang robotik. Hal ini juga dapat menambahkan lagi kretiviti peserta dalam membina sesuatu. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari perkara baru dalam mengisi masa mereka.
AKTIVITI
Aktiviti di mulakan dengan pengajar memberikan penerangan tentang aktiviti asas robot tersebut. Setelah itu, aktiviti dimulakan dengan setiap peserta diberikan bahan untuk mereka memulakan aktiviti robotik mereka. Pengajar akan memberi tunjuk ajar terlebih dahulu dan pesertas akan mengikut selepas itu. Setelah peserta selesai menyantumkan setiap bahan tersebut mereka akan menguji adakah robot tersebut dapat dihidupkan atau tidak.
10) SOFT SKILL – TAKLIMAT KITAR E-WASTE
Tarikh : 21 Januari 2024
Masa : 3 Petang – 4 Petang
Tempat : PEDi Kalumpang
Peserta : 15 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa e-waste itu sangat penting dalam hidup kita dan bumi kita.
AKTIVITI
Aktiviti dimualakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang e-waste dan tentang kepeningannya. Seterusnya, petugas menunjukkan video cara untuk menguruskan e-waste dan juga cara untuk mengendali e-waste dengan betul.
11) E-LEARNING ( WEBSITE ZAKAT – MENGEMASKINI BANTUAN PEMBAYARAN RUMAH SEWA)
Tarikh : 23 Januari 2024
Masa : 10 Pagi – 11 Pagi
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti adalah untuk membantu peserta untuk mengemaskini bantuan pembayaran rumah sewa melalui website Zakat.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta membuka website zakat. Seterusnya, petugas membantu peserta login ke dalam laman web Zakat dan membuat kemas kini. Setelah selesai mengemas kini petugas memastikan peserta telah save kemaskini tersebut.
12) SOFT SKILL ( PENGURUSAN MASA)
Tarikh : 24 Januari 2024
Masa : 3 Petang – 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 25 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan penerangan kepada peserta cara untuk mengatur masa denga lebih efektif dalam melakukan aktiviti harian mereka.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menunjukkan video tentang pengurusan masa kepada peserta. Setelah itu, petugas memberikan penerangan kepada peserta tentang pengurusan masa yang efektif untuk peserta serta tips untuk menyusun jadual harian mereka.
13) STEM-IOT (PERMAINAN ONLINE)
Tarikh : 26 Januari 2024
Masa : 3 Petang – 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan bermain permainan online yang mencabar minda mereka dan mereka harus mencari jalan penyelesaian setiap peringkat games tersebut.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan cara bermain permainan online tersebut, setelah itu peserta akan cuba bermain games tersebut mengikut peringkat dan setiap peringkat semakin sukar.
14) BASIC ICT ( MENDAFTAR DAN MENGEMASKINI PORTAL PADU)
Tarikh : 29 Januari 2024
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti adalah untuk membantu peserta untuk mendaftar di portal Padu dan juga mengemas kini portal padu merka.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas membantu peserta untuk membuat carian di web iaitu Padu.gov.my. Seterusnya, peserta diminta untuk memasukkan maklumat yang diminta didalam website tersebut. Petugas juga memastikan peserta membawa semua maklumat yang peserta perlu mengisi antaranya ialah IC isi rumah dan no akaun. Setelah selesai peserta perlu membuat perakuan untuk akaun mereka.
15) STEM-IOT (MATHEMATIC)
Tarikh : 31 Januari 2024
Masa : 3 Petang – 5Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan menjawab kuiz matematik secara online. Dan selain itu, peserta juga dapat tahu serba sedikit cara menggunakan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara menjawab kuiz matematik tersebut. Seterusnya, peserta memulakan menjawab kuiz matematik tersebut, peserta menjawab beberapa soalan dan setelah selesai petugas akan meminta peserta menjawab soalan lain sehingga selesai.