1) POSTER USAHAWAN (MICROSOFT WORD)
Tarikh : 1 July 2023
Masa : 10 Pagi – 12 Tangah Hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peniaga kecil dikawasan sekitar untuk pembuat poster makanan yang mereka jual dan kegunaan asas Microsoft Word untuk membuat poster yang simple tetapi menarik.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang kegunaan Microsoft Word. Seterusnya, peserta akan membuka aplikasi dan akan memulakan sesi membuat poster, peserta akan memasukkan gambar terlebih dahulu didalam word kemudian melabel nama dan harga makanan tersebut. Setelah selesai mengedit peserta akan menyimpan dokumen tersebut didalam simpanannya dan petugas akan membuat salinan untuk kegunaan peserta.
2) CANVA (MEMBUAT POSTER KELAS MENJAHIT)
Tarikh : 4 July 2023
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah Hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 7 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta membuat poster kelas menjahit yang mereka sediakan. Peserta juga merupakan kumpulan yang aktif dalam bidang jahitan dan juga menyediakan banyak kelas menjahit yang boleh disertai oleh penduduk wanita setempat, kelas ini juga dapat mengajar serba sedikit peserta cara menggunakan aplikasi canva.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas kepada peserta tentang canva iaitu cara penggunaan dan cara untuk login. Seterusnya peserta akan disuruh untuk memilih 1 templates poster untuk mereka memulakan proses mengedit poster kelas menjahit mereka. Peserta juga diberi masa selama 1 jam untuk mereka cuba untuk mengedit poster mereka. Setelah mereka selesai mengedit, poster tersebut akan disimpan didalam dokumen mereka.
3) APLIKASI WHATSAPP ( CARA LOGIN WHATSAPP WEB)
Tarikh : 4 July 2023
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah Hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 7 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara untuk login ke dalam Whatsapp Web dengan mudah.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas akan menyurus peserta untuk membuat carian Whatsapp Web terlebih dahulu di laman web, seterusnya petugas akan meminta peserta untuk pergi ke bahagianoption didalam whatsapp mereka dan memilih option Linked Devices dan seterusnya mereka diminta untuk scan QR code di PC masing-masing. Peserta meneruskan kelas.
4) STEM-IOT (APLIKASI PENDIDIKAN PEMBENTUKAN AWAN)
Tarikh : 6 July 2023
Masa : 3 Petang – 4 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk menunjukkan kepada peserta proses berlakunya pembentukan awan dan kitaran berlakunya proses hujan.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas akan meminta peserta untuk membuat carian dilaman web proses pembentukan awan dan carian tersebut menunjukkan 1 video dari Youtube. Seterusnya petugas meminta peserta klik link video tersebut dan petugas menyurus peserta menonton video tersebut. Peserta juga menonton beberapa video yang berkaitan dengan tajuk proses pembentukan awan atau proses hujan.
5) MICROSOFT WORD (SURAT RASMI)
Tarikh : 7 July 2023
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat surat rasmi anak tidak hadir ke sekolah. Ini juga dapat membantu peserta cara dan format yang betul untuk membuat surat rasmi.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara membuat surat rasmi beserta menerangkan format surat tersebut. Petugas akan memastikan peserta membawa maklumat yang lengkap untuk mengisi setiap perenggan surat tersebut, peserta menaip surat terlebih dahulu, setelah selesai menaip petugas akan check terlebih dahulu adakah mengikut format dan seterusnya petugas akan menyimpan surat tersebut didalam dokumen simpanan peserta dan akan mencetak surat tersebut untuk kegunaan peserta.
6) MICROSOFT WORD (CARTA PAI)
Tarikh : 14 July 2023
Masa : 10 Pagi – 11 Pagi
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk menyiapkan kerja kursus perserta dengan mengajar cara memasukkan carta kedalam kerja kursus mereka. Selain itu, peserta juga serba sedikit mengetahui kegunaan Microsoft Word.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas kepada peserta tentang cara memasukkan carta pai menggunakan Microsoft Word. Petugas juga memastikan peserta membawa semua maklumat untuk diisi didalam carta pai tersebut. Setelah peserta selesai menyiapkan carta pai, petugas akan memastikan carta pai tersebut telah disimpan kedalam simpanan peserta.
7) PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN
Tarikh : 17 July 2023
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memudahkan peserta untuk membeli tiket penerbangan ini kerana peserta pertama kali ingin membeli tiket penerbangan secara online.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta membuka laman web pembelian tiket penerbangan tersebut, seterusnya peserta memilih tarikh dan tempat yang ingin dituju. Setelah memilih tarikh dan lokasi, peserta memasukkan segala maklumat yang diminta dan peserta membuat pembelian tiket tersebut. Seterusnya, petugas akan membuat cetakan pembelian tiket tersebut untuk simpanan peserta.
8) KELAS ONLINE (CAKNA GAYA HIDUP- PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI)
Tarikh : 20 July 2023
Masa : 11 Pagi – 12:30 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta untuk mengurus kewangan peribadi dengan lebih efektif. Peserta juga dapat menambah ilmu untuk mengurus kewangan dengan lebih baik.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan tentang program dan tentatif program. Program diteruskan dengan penganjur menerangkan tentang pengurusan kewangan peribadi dan sebagainya. Program diakhiri dengan sesi soal jawab.
9) E-PEMBELAJARAN ( MENCARI GAMBAR DI GOOGLE)
Tarikh : 21 July 2023
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 5 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara untuk mencari gambar di internet dan juga ca menyimpan gambar didalam PC. Selain itu, peserta juga serba sedikit dapat mempelajari cara melayari internet.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara mencari gambar didalam internet. Mulanya petugas akan meminta peserta untuk membuka google image untuk lebih memudahkan peserta mencari gambar yang mereka mahu. Seterusnya petugas akan menyuruh peserta membuat carian dan memilih gambar yang mereka mahu, dan save gambar tersebut kedalam dokumen simpanan peserta.
10) MICROSOFT WORD (MEMASUKKAN GAMBAR)
Tarikh : 21 July 2023
Masa : 3 Petang – 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 5 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk mengajar peserta cara untuk memasukkan gambar kedalam Microsoft Word. Peserta juga serba sedikit mengetahui kegunaan lain Microsoft Word selain menaip surat dan sebagainya.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara memasukkan gambar ke dalam Microsoft Word. Seterusnya peserta akan memulakan aktiviti dnegan memasukkan gambar dan memulakan edit gambar tersebut. Peserta juga mengedit beberapa gambar dan telah menyimpan didalam dokumen simpanan mereka dan petugas membuat salinan untuk kegunaan peserta.
11) E-KERAJAAN ( PENDAFTARAN IMIGRESEN PEMBANTU RUMAH)
Tarikh : 23 July 2023
Masa : 2:30 Petang – 5:30 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk mengemaskini pendaftaran imigresen untuk pembantu rumahnya. Peserta juga serba sedikit dapat belajar cara untuk mendaftar hal tersebut.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta membuka link untuk pendaftaran imigresen tersebut dan petugas akan memastikan peserta membawa semua maklumat yang akan diisi di borang online tersebut. Peserta memulakan aktiviti mengisi semua ruang kosong diborang tersebut serta dipantau oleh petugas. Setelah selesai mengisi borang online tersebut, petugas akan memastikan peserta telah klik simpan dilaman web tersebut.
12) E-LEARNING (PERMAINAN KUIZ SILANG KATA)
Tarikh : 25 July 2023
Masa : 3 Petang – 4 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta bahawa laman web ini bukan sahaja boleh membuat carian sesuatu dan sebagainya. Laman web juga dapat menarik minat peserta untuk membuat aktiviti lain selain perkara yang formal, dan banyak lagi yg kita boleh belajar didalam internet.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang permainan kuiz silang kata tersebut. Peserta akan memulakan permainan kuiz silang tersebut dan bermain beberapa jenis kuiz silang kata yang lain.
13) STEM-IOT (GAMES ONLINE SIRI I)
Tarikh : 28 July 2023
Masa : 10 Pagi – 11 Pagi
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan bermain permainan online yang mencabar minda mereka dan mereka harus mencari jalan penyelesaian setiap peringkat games tersebut.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara permainan game tersebut. Seterusnya, peserta akan memulakan permainan sitap peringkat games tersebut semakin mencabar dan semakin sulit untuk menyelesaikannya.
14) STEM-IOT (GAMES ONLINE SIRI II)
Tarikh : 28 July 2023
Masa : 3 Petang – 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan bermain permainan online yang mencabar minda mereka dan mereka harus mencari jalan penyelesaian setiap peringkat games tersebut.
AKTIVITI
Aktiviti diteruskan dengan peserta menghabiskan permainan yang dimulakan pada siri I, peserta berjaya menghabiskan semua peringkat permainan pada siri yang ke 2 ini. Setelah berjaya menyelesaikan semua peringkat peserta memula semula permainan ini kerana mereka merasakan sangat seronok memainkan permainan games ini.