1) PENGENALAN MICROSOFT WORD (MENAIP KARANGAN PENDEK)
Tarikh : 3 Mei 2023
Masa : 3 Petang – 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk melatih peserta untuk menaip dengan cara yang betul dan lebih mahir. Peserta juga dapat mengetahui serba sedikit tentang kegunaan microsoft word.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan serba sedikit tentang Microsoft Word. Seterusnya, petugas memilih beberapa karangan pendek di laman web untuk menjadi contoh untuk peserta menaip dan merujuk kepada karangan tersebut. Peserta memulakan aktiviti menaip beberapa karangan dan petugas memantau. Setelah selesai peserta menaip karangan, petugas akan memeriksa karangan tersebut dan membuat beberapa pembetulan seperti pembetulan titik, koma dan sebagainya. Setelah itu, karangan tersebut akan disimpan didalam simpanan peserta.
2) CLASS E-PEMBELAJARAN (MENDAFTAR TAHUN 1 SECARA DALAM TALIAN)
Tarikh : 11 Mei 2023
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah Hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta mengisi borang pendaftaran tahun 1 pengambilan 2024. Selain itu, peserta juga dapat mengetahui cara menggunakan komputer dan cara melayari internet.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta membuat carian laman web borang pendaftaran tahun 1 terlebih dahulu. Seterusnya, peserta harus mendaftar I/C dan juga perlu melogin kedalam websites tersebut. Peserta juga perlulah membawa semua maklumat lengkap seperti mykid pelajar, I/C ibu bapa pemohon dan sebagainya. Setelah peserta selesai mengisi borang tersebut. Petugass akan memastikan borang tersebut telah disimpan disimpanan peserta dan petugas akan mencatak borang tersebut.
3) BENGKEL E-KERAJAAN (MENGISI BORANG NIKAH)
Tarikh : 16 Mei 2023
Masa : 2:30 Petang – 4:30 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk mengisi borang nikah dan juga untuk mengajar cara melayari laman web.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan tentang cara melayari laman web untuk mengisi borang nikah tersebut. Seterusnya peserta akan membuka laman web tersebut dan mengisi borang tersebut dan petugas akan memastikan peserta membawa semua maklumat yang perlu diisi. Setelah peserta selesai mengisi borang tersebut, petugas akan memastikan peserta mengimpan borang tersebut dan petugas akan mencetak borang tersebut untuk simpanan peserta.
4) E-KELAS USAHAWAN (BENGKEL PEMASARAN DIGITAL MAXIS)
Tarikh : 25 Mei 2023
Masa : 10 Pagi – 11 Pagi
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan bengkel ini adalah sebuah program komuniti yang dibawakan oleh Maxis untuk membantu usahawan serempat, terutamanya usahawan wanita dari komuniti luar bandar, mengembangkan penggunaan digital dalam perniagaan mereka. Seterusnya, dapat meluaskan rangkaian pelanggan mereka. Program ini juga menawarkan pengetahuan untuk menyusun strategi pelan pemasaran dan meningkatkan ilmu pemasaran digital mereka.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan penerangan tentang bengkel pemasaran digital Maxis dan kelas diteruskan dengan penerangan tentang Bengkel pemasaran digital ini yang menawarkan pemahaman praktikal yang meliputi empat modul utama iaitu strategi pemasaran digital, fotografi Digital dan Penyuntingan Foto, penulisan dan Perancangan Kempen Pemasaran dan Pengiklanan. Selesai dari penerangan empat modul tersebut kelas diteruskan dengan sesi soal jawab.
5) BENGKEL KEUSAHAWANAN (CARA PENDAFTARAN SSM DAN KELEBIHAN SSM).
Tarikh : 29 Mei 2023
Masa : 10 Pagi – 11 Pagi
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 5 orang
TUJUAN
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para usahawan baru tentang kepentingan pendaftaran SSM. Pendaftaran SSM penting kepada usahawan kerana memberi banyak kelebihan daripada kerajaan. Dengan adanya SSM ini, para usahawan dapat mengembangkan perniagaan untuk mendapatkan modal atau pinjaman.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan penerangan tentang pendaftaran SSM, dan kebaikan-kebaikan mendaftar perniagaan. Para peserta diberi taklimat yang terperinci dari pada SSM dari awal sehingga akhir, SSM juga memberi peluang kepada para pelajar serta OKU untuk memulakan perniagaan. Taklimat ini merangkumi semua lapisan masyarakat, dan akhir sekali sesi soal jawab dan kaji selidik diberikan untuk menambahbaikkan bengkel ini.