1) TAKLIMAT KESEDARAN E-SPORT
Tarikh : 2 November 2024
Masa : 9 Pagi – 10 Pagi
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 6 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan kesederan tentang kelebihan dan kekurangan dalam permainan e-sport untuk peserta yang mewakili NADI Taman Seri Serendah dalam perlawanan peringkat negeri Selangor. Banyak input yang diberikan kepada peserta antaranya, peraturan-peraturan yang harus dipatuhi, cara untuk mengekalkan kebersamaan antara 1 kumpulan dan banyak lagi tips-tips yang lain.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka beberapa video untuk ditayangkan kepada para peserta. Setelah itu, petugas akan membuat beberapa soal jawab untuk memastikan peserta lebih fokus.
2) PERLAWANAN ESPORT PERINGKAT NEGERI SELANGOR PERINGKAT PERTAMA
Tarikh : 2 November 2024
Masa : 9 Pagi – 1 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 6 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk menarik minat peserta dalam bidang e-sport yang kian digemari zaman kini. Peserta merupakan kumpulan wakil bagi NADI Taman Seri Serendah untuk ke perlawanan peringkat Negeri. Perlawanan ini adalah untuk menentukan NADI dapat ke peringkat kedua.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memastikan peserta dalam keadaan bersedia untuk memulakan permainan. Permainan dimulakan dengan peserta masuk kedalam room yang dibuat oleh pihak HQ, permainan ini berlawan antara NADI Taman Seri Serendah dan NADI Taman Tenteram. Peserta bermain 2 permainan dan NADI Taman Seri Serendah menang dan layak ke peringkat seterusnya.
3)BASIC ICT – CANVA (MEMBUAT RESUME)
Tarikh : 7 September 2024
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat resume dengan menggunakan Canva. Selain itu, peserta juga dapat tahu serba sedikit kegunaan lain canva dan kelebihannya.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas akan memberikan penerangan ringkas tentang cara pembuatan resume dan cara mengedit template resume di Canva. Seterusnya, petugas akan menyurus peserta untuk membuka canva terlebih dahulu dan memilih template resume yang peserta mahu. Petugas juga akan memastikan peserta membawa semua maklumat yang harus diisi didalam resume tersebut. Peserta memulakan aktiviti mengedit resume tersebut, dan setelah selesai petugas akan menyemak resume tersebut adakah telah lengkap atau tidak. Setelah selesai petugas akan menyimpan resume tersebut kedalam dokumen simpanan peserta dan membuat salinan untuk kegunaan peserta.
4) BASIC ICT (PENGENALAN GMAIL)
Tarikh : 9 November 2024
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu para peserta untuk menghantar email kepada seseorang atau menghantar email kepada sesebuah company. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari cara untuk menghantar dokumen memalui email dengan menggunakan format yang betul.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk login terlebuh dahulu ke email peserta. Setelah peserta memasukkan email dan password petugas akan memulakan pelajaran. Petugas akan meminta peserta untuk klik dibahagian compose, setelah itu petugas meminta peserta memasukkan email penerima dan setelah itu petugas meminta peserta menaip ayat yang peserta mahu sampaikan. Seterusnya, petugas akan mengajar cara untuk attach file atau dokumen di email tersebut. Setelah selesai peserta akan send email tersebut.
5) E-PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KERJA KURSUS)
Tarikh : 13 November 2024
Masa : 9:30 Pagi – 11:30 Pagi
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah membantu para pelajar dalam menyipakan kerja kursus mereka. Selain itu, mereka juga serba sedikit dapat menambah ilmu pengetahuan dalam menggunakan komputer dan cara melayari internet.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan sedikit penerangan cara menggunakan komputer dan cara untuk melayari internet. Setelah itu, pelajar kan mula mengeksplor sendiri cara untuk menggunakan komputer dengan bimbingan petugas yang bertugas.
6) BASIC ICT (MEMBUAT SURAT RASMI)
Tarikh : 17 November 2024
Masa : 3 Petang – 5 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat surat rasmi. Selain itu, aktiviti ini juga membantu peserta menambah ilmu dalam menggunakan Microsoft word dan penggunaan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang format surat rasmi dan cara menggunakan Microsoft Word. Seterusnya, petugas meminta peserta untuk memulakan sesi menaip surat tersebut. Peserta membuat surat mengikut format yang diterangkan dan setelah selesai petugas akan menyemak terlebih dahulu dan setelah selesai petugas akan mencetak surat tersebut untuk kegunaan peserta.
7) TAKLIMAT 5 PERKHIDMATAN PINTAR DI NADI BERSAMA CIKGU TADIKA KEMAS HULU SELANGOR.
Tarikh : 22 November 2024
Masa : 3 Petang – 5 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 15 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan lagi perkhidmatan baru yang terdapat di NADI iaitu 5 Perkhidmatan Pintar iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesedaran, Kesejahteraan Kendiri dan Inisiatif Kerajaan. Selain itu, petugas juga menerangkan tentang aktiviti-aktiviti lain yang disediakan di NADI antaranya e-kelas, Kelas ICT dan banyak lagi
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan apakah itu 5 Perkhidmatan Pintar dan kelebihannya kepada komuniti. Seterunya, petugas menerangkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada di NADI yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti Taman Seri Serendah. Setelah itu, petugas mengajar para peserta untuk membuat ujian saringat kesihatan iaitu check BP, gula dalam darah, dan BMI.
8) TYPING TEST (NOVEMBER)
Tarikh : 27 November 2024
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengasah skill peserta menaip dengan laju dan juga betul, mengikut masa yang ditetapkan. Kelas ini juga dapat mendidik peserta untuk menaip dengan lebih laju dan lebih yakin ketika menaip sesuatu dengan pantas.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan cara untuk menaip dengan lebih pantas dan betul. Sebelum itu petugas akan membuka website typing test terlebih dahulu. Peserta diberikan masa selama 5 minit untuk menaip sebuat karangan pendek dan petugas akan memastikan peserta dalam keadaan yang bersedia sebelum memulakan test tersebut. Setelah selesai test pertama, petugas akan check terlebih dahulu adakah betul setiap perkataan yang ditaip dan adakah sempat dihabiskan dalam masa yang diberikan. Petugasjuga akan mengulang test ini untuk beberapa kali untuk melihat kecekapan peserta menaip.