mcmc
Galeri FotoLaporan Aktiviti

MAHIR JAHIT MINGGU 21

Tarikh : 10 Disember 2025
Masa : 3 Petang – 4:30 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang

TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk menambah ilmu kemahiran iaitu mahir masak, mahir baiki gajet, mahir foto, mahir jahit dan mahir pertanian pintar. Kursus mahir ini mengambil masa 3-4 bulan untuk menyelesaikan semua modul yang telah ditetapkan. Satu peserta hanya dibolehkan mendaftar 1 sahaja kursus, supaya peserta lebih fokus ketika membuat latihan yang diberikan semasa kelas. Tenaga pengajar juga merupakan guru yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Setelah selesai kursus, peserta akan diberikan sijil yang diiktiraf.

AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan cikgu pengajar akan memberikan penerangan tentang apa yang akan diajar pada kelas hari tersebut. Setelah itu, kelas dimulakan dengan cikgu menerangkan peralatan apa yang akan digunakan ketika didalam kelas pada hari tersebut mengikut tajuk yang ditetapkan dan pada hari ini peserta memerlukan gunting, pola yang telah dilukis dan juga kain. Cikgu meneruskan kelas mengikut modul dan setelah selesai cikgu akan membuka ruang untuk peserta bertanyakan soalan dan kelas tamat.