mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X KIDVENTURE COHORT 3 : PELAN PERNIAGAAN & PERANCANGAN KEWANGAN

Tarikh : 14 Jun 2025
Masa : 10 pagi – 11 pagi
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendidik peserta yang berumur 7 tahun dehingga 17 tahun untuk menjadi usahawan dari usia yang muda. Seterusnya, webinar ini juga banyak memberikan ilmu antaranya apakah jenis perniagaan yang sesuai bagi seseorang dan mengajar dari awal apakah yang perlu peserta lakukan jika berminat untuk menjadi usahawan. Webinar ini juga membimbing para peserta dari awal sehingga peserta akan berjaya menjadi usahawan.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan peserta mengisi kehadiran dahulu dan setelah itu, petugas akan menayangkan 9 video yang disediakan berkenaan dengan permulaan menjadi seorang usahawan. Peserta akan menonton kesemua 9 video untuk permulaan class terlebih dahulu. Setelah selesai petugas perlu memastikan peserta telah mengisi kehadiran dan bersurai.