Tarikh : 16 Ogos 2025 Masa : 9 Pagi – 12 Tengah hari Tempat : NADI Taman Seri Serendah Peserta : 22 orang |
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membuat pemilihan menjadi wakil untuk NADI Taman Seri Serendah dalam perlawanan Mobile Legend Season ke 3 ini. Untuk kali ini 4 kumpulan telah terpilih untuk pemilihan ini.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka video kesedaran di MTS E-sukan terlebih dahulu. Setelah itu, petugas menerangkan bagaimana pemilihan dan juga bagaimana Esuka NADI dijalankan. Seterusnya, pengadil akan menerangkan tentang beberapa peraturan pemain dan membuat undian kumpulan yang akan berlawan terlebih dahulu. 4 perlawanan dijalankan, perlawanan pertama antara kumpulakn Omega Egg dan Kumpulan BangBob, perlawanan kedua Air Batung dan Second Reaper. Setelah itu, perlawanan ke 3 untuk menentukan group tempat ke 3 dan 4. Perlawanan terakhir ini menentukan antara kumpulan Omega Egg dan Air Batung, setelah perlawanan selesai kumpulan Omega Egg berjaya menjadi juara dan sekaligus menjadi wakil untuk NADI Taman Seri Serendah ke peringkat seterusnya.


