Tarikh : 4 September 2025 Masa : 9:30 Pagi – 10 Pagi Tempat : NADI Taman Seri Serendah Peserta : 1 orang |
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para peserta tekmnik ringkas dan praktikal untuk menghasilkan baja untuk tanaman sendiri dirumah. Aktiviti ini juga serba sedikit membantu para peserta menerima tips untuk menjaga tanaman mereka supaya lebih sihat dan bertumbuh lebih besar.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan Cikgu memperkenalkan diri dan memberi penerangan ringkas tentang apa yang bakal dipelajari. Selepas itu cikgu memulakan kelas dengan berkongsi apakah keperluan asas yang diperlukan untuk membuat campuran baja. Seterusnya, cikgu akan kongsi kan apa yang ada pada kandungan baja dan kepentingan baja untuk pokok, dan cikgu akan meneruskan kelas dengan cara bagaimana untuk membancuh baja dari langkah pertama hingga ke langkah akhir.

