UNDI UNTUK MALAYSIA: WSIS PRIZES 2026! 🏆

Jadual Latihan & Aktiviti | 29 April 2026

Kami berbangga untuk berkongsi bahawa Kempen Internet Selamat, yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), telah disenarai pendek untuk World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2026 yang berprestij!

Apakah Kempen Internet Selamat?
Kempen Internet Selamat ialah satu inisiatif kesedaran keselamatan dalam talian peringkat nasional yang bertujuan untuk mendidik rakyat mengenai penggunaan Internet yang selamat dan bertanggungjawab. Kempen ini memberi tumpuan kepada isu‑isu utama seperti penipuan dalam talian, buli siber, maklumat palsu, perlindungan privasi dan kesejahteraan digital, yang dilaksanakan melalui program advokasi di seluruh negara, libat urus komuniti, program di sekolah serta kerjasama pelbagai agensi.

Kami memerlukan SOKONGAN ANDA untuk membawa agenda keselamatan dalam talian Malaysia ke peringkat global! 💪🇲🇾

🗳️ CARA MENGUNDI (Langkah demi Langkah):
1️⃣ Layari laman web rasmi pengundian WSIS Prizes .
2️⃣ Pengguna baharu perlu mendaftar akaun baharu (penggunaan emel peribadi adalah digalakkan).
3️⃣ Pengguna sedia ada boleh log masuk menggunakan kelayakan WSIS masing‑masing.
4️⃣ Pengguna baharu perlu mengaktifkan akaun melalui emel pengesahan.
5️⃣ Pergi ke borang pengundian dan cari kategori:
👉 AL C10 – Ethical dimensions of the Information Society
6️⃣ Cari 👉👉 Kempen Internet Selamat (An Internet Safety Campaign) dan klik “Vote For This Project” ✅

⚠️ PENTING:

  • Anda perlu mengundi bagi semua kategori untuk memastikan undian anda dikira.
  • Sila semak undian anda di bahagian “My Votes” dan pastikan status memaparkan “Voting Complete” ✅

⏰ TARIKH AKHIR:
📅 3 Mei 2026 (11 malam)

Setiap undi amat bermakna. Ayuh kita menonjolkan komitmen Malaysia terhadap persekitaran digital yang lebih selamat dan meletakkan usaha keselamatan dalam talian negara kita di pentas dunia! 🌏✨

👉 Klik di sini untuk mengundi sekarang:
https://www.itu.int/net4/wsis/stocktaking/Prizes/2026/Nominated?jts=DP37XT&idx=17&page=17