mcmc
Laporan Aktiviti

WEBINAR SAFE & SHIELD : ANCAMAN BERITA PALSU

Tarikh : 18 Julai 2025
Masa : 11 Pagi – 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada peserta sekolah rendah dan juga menengah tentang ancaman berita palsu di media sosial pada masa kini. Webinar juga mengajar cara untuk mengenal pasti bahawa berita tersebut benar dan sahih atau berita itu palsu. Webinar juga kongsi apakah kesan jika kita menyebarkan berita palsu serta cara untuk mengatasinya.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan penyampai memperkenalkan diri dan sedikit perkongsian tentang tajuk sebelum ke isi utama. Setelah itu, penyampai memulakan webinar dengan menerangkan tentang apakah itu berita palsu. Seterusnya penyampai akan kongsikan cara mengenal pasti berita palsu, kesan jika menyebarkan berita palsu dan cara mengatasinya dan apakah tindakan yang boleh dibuat jika menerima berita palsu dan banyak lagi.